Blog Archive

Wednesday, January 25, 2012

“MALAIKAT DAN TUGASNYA”

“MALAIKAT DAN TUGASNYA”
Percaya dan beriman kepada Malaikat adalah merupakan rukun Iman Yang Kedua.
Malaikat itu adalah hamba Allah yang sangat taat akan perintah Allah. Di jadikan daripada ‘NUR’ ataupun Cahaya. Tidak ada jantina samada lelaki,perempuan ataupun hunsa. Malaikat juga tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan juga tidak berkahwin. Bilangan Malaikat itu sangatlah banyak dan tidak dinyatakan dengan jelas cuma Yang wajib kita percayai dan beriman dengannya adalah sebanyak 10 sahaja.
Nama-nama Malaikat dan tugasannya.
1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah
2. Mikail - menurun rezeki / hujan
3. Israfil - meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat
4. Izrail - mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut)
5. Munkar 
&
6. Nakir - menyoal mayat dalam kubur. 7 langkah sahaja orang hidup meninggalkan kubur yg baru ditanam lalu datanglah malaikat berdua ini
7. Raqib - menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan)
8. ‘Atid - menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri)
9. Ridhuan - menjaga pintu syurga
10. Malek - menjaga pintu neraka
Sampai sini dulu buat kali ini, sampai jumpa lagi.
Wassalam

No comments:

Post a Comment